Kemudahan Blok Penginapan

USM mengambil pendekatan melarang para penghuni desasiswa membawa sebarang peralatan elektrik ke desasiswa untuk menjamin keselamatan siswa dan siswinya. Oleh itu, untuk memberikan layanan penginapan yang kondusif kepada penghuni Desasiswa Bakti Permai, pihak pengurusan telah menyediakan kemudahan asas berikut:

Pantri

pantris

Di setiap blok penginapan, pantri disediakan dengan dilengkapi beberapa peralatan guna sama seperti:

i.    Peti sejuk
ii.    Air panas
iii.    Ketuhar gelombang mikro
iv.    Seterika

Surau

surau


Selain pantri, untuk memudahkan penghuni Desasiswa Bakti Permai yang beragama Islam melakukan ibadah solat dengan sempurna, tenang dan selesa, surau juga disediakan di setiap blok penginapan.

Bilik rehat

rehat

Untuk membolehkan penghuninya merasa santai seperti di rumah, pihak pengurusan desasiswa menyediakan kemudahan bilik rehat yang dilengkapi televisyen dan ASTRO di setiap blok penginapan. Kami percaya bahawa pelajar juga memerlukan waktu rehat untuk melepaskan lelah selepas penat memerah otak di dewan kuliah dan membuat tugasan. Ruang ini juga boleh digunakan untuk menjalinkan hubungan yang erat sesama penghuni.