Permohonan Penginapan-Pelajar Ijazah Tinggi

Semua permohonan penginapan untuk pelajar ijazah tinggi dibuat melalui Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU) dengan mengisikan borang yang disediakan. Tawaran penginapan diberikan berdasarkan kekosongan tempat dan permohonan yang terawal diterima (‘1st come 1st serve’).

 Bagi pelajar ijazah tinggi yang ingin mendiami unit rumah keluarga, mereka juga perlu membuat permohonan melalui UPPU dengan mengisikan borang yang telah disediakan. Satu jawatankuasa akan meneliti permohonan tersebut dan membuat pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.