Permohonan Penginapan-Pelajar Ijazah Pertama

Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun pertama yang ditawarkan pengajian di USM diberikan penginapan di desasiswa secara automatik. Penempatan di desasiswa untuk pelajar-pelajar baru ini diuruskan oleh Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU).

Pada tahun kedua dan seterusnya, mereka perlu memohon penginapan melalui portal ‘My Desasiswa’. Permohonan akan dibuka berdasarkan iklan yang akan dikeluarkan oleh pihak UPPU.