Tinta Yang Dipertua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

nurhaBersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana izin-Nya, saya dapat bersama penghuni Desasiswa Bakti Permai untuk sama-sama menyumbang bakti kepada desasiswa kita yang tercinta ini. Tanggungjawab yang diberikan kepada saya, sebagai Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Bakti Permai (MPDBP) akan cuba saya pikul sebaiknya. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan Desasiswa Bakti Permai terutama Tn. Hj. Ahmad Moghni Salbani, Penggawa Desasiswa Bakti Permai kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui kepimpinan MPDBP sidang 2011/2012. Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Tertinggi serta Biro-Biro MPDBP atas lantikan sahabat semua. Harapan saya agar saya dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan semua pihak dan semoga MPDBP kali ini sentiasa maju dan ke hadapan dalam memperjuangkan kebajikan pelajar mahupun kesinambungan kecemerlangan yang sering dikecapi oleh desasiswa ini.


Saya yakin kita semua teruja dengan ‘rumah baru’ kita ini dan saya berharap kita dapat menggunakan kemudahan portal ini untuk kepentingan bersama. Kita jadikan “Desasiswaku di Perantauan” sebagai satu syurga dan kita makmurkan syurga kita ini dengan keindahan.

Selamat bertugas sahabat semua. Semoga segala program yang kita sama-sama usahakan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Salam ceria!
Nur Hanisah Binti Hj. Ismail