Pencapaian Cemerlang

Sejak Desasiswa Bakti Permai ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga kini, penghuni Desasiswa Bakti Permai telah banyak melakarkan sejarah kemenangan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Desasiswa kita tidak pernah ketinggalan meraikan memori indah menjadi juara sama ada dalam acara berbentuk akademik, sukan ataupun kebudayaan. Tangga demi tangga kejayaan dilepasi, ditakluki, dan digenggami dengan tekad serta semangat sehingga desasiswa kita berjaya mengekalkan kejohanan selama tiga tahun berturut-turut dalam acara seperti Pantun Antara Desasiswa (PADU), Debat Piala Naib Canselor (DPNC), dan Citrawarna. Kejayaan ini menjadi lebih indah lagi apabila kita dapat menyimpan piala tersebut di bumi Desasiswa Bakti Permai selama-lamanya! Kita akan terus menyusuri denai kejayaan ini dengan iltizam dan usaha untuk mengekalkan desasiswa tercinta ini pada mercu kecemerlangan.

Dengan semangat kerjasama antara penghuni, MPDBP beserta pihak pengurusan, pelbagai kemenangan dan pengelolaan acara yang terbaik telah dapat kita capai. Yang paling menguji kredibiliti MPDBP adalah apabila kita diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pada Pertandingan Malam Citrawarna Kelapan pada tahun 2008. Berkat usaha sama semua pihak, Malam Citrawarna tersebut telah dapat dijayakan dengan cemerlang sekali. Kenangan yang lebih manis lagi adalah apabila perkenan DYMM Tuanku Canselor dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis mencemar duli menyaksikan pertandingan tersebut. Pengelolaan acara ini banyak memberikan suntikan semangat baru kepada MPDBP untuk bekerja dengan lebih baik lagi pada masa-masa akan datang kerana belum ada MPD desasiswa lain yang dapat melaksanakan acara yang semeriah itu.

Tidak kisahlah sama ada dikenali sebagai Desasiswa B atau Desasiswa Bakti atau Desasiswa Fajar Bakti ataupun kini sebagai Desasiswa Bakti Permai, yang penting kejayaan dan kecemerlangan itu milik kita bersama! Bakti Permai Cak Aa Cak Aa!

Nama Desasiswa

Sidang Akademik

Aktiviti

Pencapaian Cemerlang

Bakti Permai

2010/2011

  • TOT
  • SUKAD

 Khemah Terbaik & Emas (Balapan)

 Naib Johan (Aerobik lelaki)

2009/2010

  • PADU
  • TOT
  • SUKAD

 Johan

 Pasukan Sorak Terbaik

 Naib Johan (Bola sepak)

2008/2009

  • Citrawarna
  • PADU
  • TOT
  • SUKAD
  • Variasiswa

Johan & Koreografer terbaik

Naib Johan

Emas (Lompat tinggi)

Johan (Aerobik lelaki), Naib Johan (Aerobik perempuan)

Johan

2007/2008

  • Citrawarna
  • PADU
  • DEKON
  • Variasiswa

 Johan, Kostum Terbaik & Koreografer Terbaik

 Johan

 Naib Johan

 Tempat Ketiga

2006/2007

  • Citrawarna
  • Tilawah Al-Quran
  • Minggu Suai Kenal
  • TOT

 Johan & Kostum Terbaik

 Tempat Ketiga (Qariah)

 Sorakan Terbaik

 Maskot Terbaik

2005/2006

  • PADU
  • Pantun Kecekapan Tenaga USM
  • Citrawarna
  • Malam Bintang
  • TOT

 Johan & Pemantun Terbaik (Izlan Haimin)

 Johan & Pemantun Terbaik (Izlan Haimin)

 Naib Johan & Kostum Terbaik

 Juara Keseluruhan & Pemenang Kategori Lelaki (Izlan Haimin)

 Maskot Terbaik & Khemah Terbaik

2004/2005

  • PADU
  • DPNC
  • Malam Bintang

 Johan & Pemantun Terbaik (Abdul Hadi Abdul Apet)

 Johan

 Persembahan Terbaik (Zuraini)

Fajar Bakti

2003/2004

  • PADU

 

 Johan & Pemantun Terbaik (Abdul Hadi Abdul Apet)

2002/2003

  • PADU
  • DPNC

 Johan

 Johan

2001/2002

  • PADU
  • DPNC

 Johan

 Johan

2000/2001

  • PADU
  • DPNC

 Johan

 Johan

1999/2000


 

Bakti

1998/1999

 

 

1997/1998

 

 

1996/1997

 

 

1995/1996

 

 

1994/1995

 

 

1993/1994

 

 

1992/1993

 

 

1991/1992

 

 

1990/1991

 

 

1990 – 1975

- Tiada Rekod -