Aktiviti

Seperti lazimnya, pada setiap Sidang Akademik, terdapat pelbagai aktiviti tahunan yang telah dirancangkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan Majlis Penggawa. Aktiviti yang berunsurkan sama ada pertandingan ataupun acara raidah dan santai melibatkan penyertaan semua desasiswa yang terdapat di USM. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Debat Piala Naib Canselor (DPNC), Pantun Antara Desasiswa (PADU), Sukan Antara Desasiswa (SUKAD), Temasya Olahraga Tahunan (TOT), Majlis Tilawah Al-Quran dan Variasiswa. Program ini disusun sedemikian rupa untuk membajai pembentukan jaya diri seseorang pelajar dan juga mengeratkan silatulrahim antara penghuni desasiswa. MPDBP berperanan membantu dalam melancarkan aktiviti-aktiviti ini dengan mencari bakat-bakat yang boleh mewakili desasiswa.

Selain aktiviti yang dirancangkan pada peringkat universiti, MPDBP juga proaktif mencadangkan aktiviti khusus untuk penghuni Desasiswa Bakti Permai dengan tujuan  mengeratkan hubungan sesama penghuni dan pihak pengurusan, di samping menjana pendapatan untuk aktiviti MPDBP. Barisan kepemimpinan MPDBP pada kali ini telah merancangkan beberapa aktiviti pada peringkat desasiswa, selain turut serta menjayakan aktiviti tahunan anjuran bersama BHEPP dan Majlis Penggawa.

Berikut takwim aktiviti yang akan berjalan sepanjang Sidang Akademik 2011/2012:

Peringkat Tarikh                    
Program   
Biro Bertanggungjawab
Universiti SUKAD
Desasiswa 3 Mac 2012 Bumi Hijau Biro Kebajikan & Kelestarian
Desasiswa 14-16 Mac 2012 Karnival Sukan & Makanan Tradisional Biro Publisiti & Teknikal
Desasiswa 21-26 Mei 2012 Summer Camp Biro Sukan & Rekreasi
Desasiswa 14-16 Mac 2012 Karnival Siswi Biro Kesenian & Kebudayaan
Desasiswa Februari 2012 Lawatan UUM Majlis Tertinggi
Desasiswa Jun 2012 Lawatan Luar Negara Majlis Tertinggi