Dewan

Dengan pelbagai infrastruktur yang terdapat di universiti dalam taman ini, maka tidak hairanlah USM sering menjadi tumpuan masyarakat luar untuk mengadakan program dan aktiviti di sini. Kesempatan itu, turut digunakan sebaik mungkin oleh Desasiswa Bakti Permai dengan menawarkan khidmat penyewaan kemudahan yang terdapat di desasiswa ini.

IMG_4787 - IMG_5623

Kami menawarkan khidmat penyewaan dewan kami yang boleh memuatkan 300 orang pada satu-satu masa untuk kegunaan pelajar IPTA, pelajar IPTS, pelajar sekolah, dan organisasi luar. Dewan yang disewa adalah kosong dengan tiada kelengkapan meja dan kerusi.

Jika memerlukan meja dan kerusi, pihak yang menyewa perlu memaklumkan kepada Pejabat Bakti Permai. Meja kerusi di Bakti Permai adalah terhad dan jika perlu tambahan, pihak yang menyewa perlu berhubung dengan Jabatan Pembangunan lebih awal untuk tempahan.

Susunan meja kerusi perlu dilakukan oleh organisasi yang menyewa itu sendiri.

Kadar Sewa Harian

Bil. Tempoh Kadar
1. 4 jam pertama RM 85.00
2. 4 hingga 8 jam RM 170.00
3. 8 jam ke atas RM 255.00



Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Puan Salmiah Ismail
H10, Pejabat Desasiswa Bakti Permai,
11800 USM, Pulau Pinang.
Tel: 04 653 2347
Faks: 04 656 4612