Bilik Penginapan

Semasa cuti semester pelajar USM, atau sekiranya terdapat kekosongan tempat di mana-mana blok penginapan Desasiswa Bakti Permai, kami memberikan peluang kepada pelajar IPTA, pelajar IPTS, pelajar sekolah, dan organisasi luar untuk menginap di desasiswa ini dengan kadar sewa yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan tentang sewaan bilik,  perlu melalui Pejabat Unit Perumahan & Penginapan Universiti (UPPU) di talian 04-653 4458, Cik Siti Rohani.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Am Desasiswa Bakti Permai .
Talian :  04- 653 3192/ 2347