Sepintas Lalu

utama Desasiswa Bakti Permai  ialah salah sebuah desasiswa di Universiti Sains Malaysia yang terletak di kawasan paling strategik di dalam kampus. Desasiswa ini terletak betul-betul di  bahagian tengah berdekatan dengan Kompleks Dewan Kuliah G03 dan G27, Pusat Sejahtera, Kompleks Siswa Cahaya, Dewan Tunku Syed Putra, Perpustakaan Hamzah Sendut I dan Masjid Al Malik Khalid.

Desasiswa Bakti Permai memiliki sembilan buah blok penginapan yang dapat menampung penghuni desasiswa seramai 1078 orang pada satu-satu masa. Daripada sembilan buah blok tersebut, dua buah blok penginapan dihuni oleh pelajar ijazah pertama. Manakala seramai 744 orang pelajar ijazah tinggi menghuni tujuh daripada sembilan buah blok yang lain. Kebanyakan pelajar ijazah tinggi ini merupakan pelajar antarabangsa yang berasal dari negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Yemen dan terdapat juga pelajar dari benua Asia seperti negara China, Indonesia dan Thailand.

Untuk kemudahan dan keselesaan penghuni di desasiswa ini, setiap blok penginapan turut dilengkapi dengan kemudahan seperti pantri, surau serta bilik rehat.

Selain itu, Desasiswa Bakti Permai juga menyediakan dua blok penginapan rumah keluarga untuk pelajar ijazah tinggi yang datang bersama-sama keluarga untuk menuntut di universiti dalam taman ini.

Di samping blok penginapan, Desasiswa Bakti Permai juga terkenal sebagai desasiswa yang mempunyai  bilangan  kafeteria yang banyak dan menjual aneka pilihan makanan serta minuman dan menjadi tumpuan warga kampus untuk menjamu selera. Terdapat kafeteria yang menjual nasi campur, nasi goreng, pilihan mi, bihun serta keow teow goreng atau sup, roti canai, roti, sandwic, burger, buah-buahan, rojak, minuman panas, minuman sejuk serta berjenis-jenis jus buah-buahan. Harga makanan dan minuman yang murah menjadi salah satu tarikan bukan sahaja kepada pelajar dan warga kampus malahan masyarakat luar kampus untuk berkunjung ke sini.

Santai @Bougainvillea

Finally its here!

We had a dream in the beginning to develop a website for our beloved hostel. “So people know we are here”. You know they say if you want to dream, dream big heheh. I was chosen as the project...

baca Seterusnya